Tuesday, 1 January 2013

Basmallah - Pembuka, Kunci Al-Quran

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Ar Rahman pemurah di dunia dan Ar Rahim penyayang di Akhirat.."

Kata imam dari Amerika, Imam Suhaib Webb dalam siri "Reflection", Kalimah Basmalah terdiri dari 19 huruf. Di dalam al-Quran ada menyatakan tentang malaikat Zabaniyah yang keras sifatnya iaitu penjaga di Neraka. Terdapat 19 kesemuanya.
*Ada hadis menyebut: "Barangsiapa yang ingin selamat dari Malaikat Zabaniyah yang sebanyak sembilan belas, maka hendaklah ia selalu membaca Basmalah. Allah akan menjadikan setiap satu huruf itu sebuah syurga."

*Antara khasiat diantara yang terkandung di dalam bacaan Basmalah antara lain:
-Menghindari dari sesuatu yang dibenci.
-Memakbulkan bermacam-macam hajat
-Untuk melariskan jualan
-Aman daripada gangguan syaitan
-Boleh menundukkan orang yang suka menganiaya.
-Membangkitkan rasa kasih sayang
-Mencergas atau menajamkan akal
-Menambah kewibawaan dihadapan musuh
-Boleh menyembuhkan penyakit
-Untuk menyuburkan tanah
-Untuk keselamatan di dalam peperangan

*dipetik dari "Samudera Al Fatehah, Penyuluh Hidup Mukmin." oleh Abdullah Ar Rahmat (ISBN 983-077-155-5)

Ingin menguasai MINDA SUPER SEDAR ANDA? http://bit.ly/UsEaTI

No comments:

Post a Comment