Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, yang lepas kita mengetahui tentang makanan. Kali ini pula tentang hati. Kata orang putih "heart". Most important organ in human body. Without it we just an empty vessel.
Dari segi saintifik
Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.
Cont. reading> http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hati
Hati Dalam Perspektif Islam
Imam Gazali dalam Ihya Ulumuddin membuat bab khusus yang membahas
Keajaiban Hati (`Ajaib al Qalb). Menurut Al Gazali kemuliaan
martabat manusia disebabkan karena kesiapannya mencapai makrifat
kepada Allah, dan hal itu dimungkinkan karena adanya hati. Dengan
hati, manusia mengetahui Allah dan mendekati Nya, sementara anggauta
badan yang lain berfungsi sebagai pelayannya. Hubungan hati dengan
anggauta badan dimisalkan Al Gazali seperti raja dengan rakyatnya,
atau seorang tukang dengan alatnya pertukangannya. . Hubungan hati
dengan angauta badan dipandang sebagai ilmu lahir, sementara akses
hati ke alam langit (`alam al malakut) masuk kategori ilmu batin
dimana didalamnya sarat dengan rahasia dan keajaiban. Sahal at
Tusturi menserupakan hati sebagai `arasy sementara dada merupakan
kursiy, satu perumpamaan yang menggambarkan bahwa di dalam diri
manusia seakan terdapat satu kerajaan tersendiri dimana hati
bertindak sebagai raja.
Cont. reading> http://www.mail-archive.com/majelismuda@yahoogroups.com/msg02202.html
Akhir kata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah banyak berkata-kata selain zikrullah kerana ia membuat hatimu menjadi keras dan orang yang terhindar jauh daripada Allah ialah orang yang memiliki hati yang keras."
(Riwayat al-Tirmizi)
http://bit.ly/UsEaTI

No comments:
Post a Comment