Alhamdulillah..
Penulisan pada kali ini berkisar makanan.
"You are what you eat," (kamu adalah apa yang kamu makan).
Hati kita berkait rapat dengan makanan.
Seperti benih yang akan layu apabila disiram terlalu banyak air. Hati pun begitu juga, apabila terlampau banyak makan, hati akan mati.
Kesimpulannya. Bersederhana dalam makan. Bersederhana dalam makan boleh melembutkan hati dan melemahkan nafsu.
Amir bin Qais menasihatkan: "Berhati-hatilah engkau daripada banyak makan, kerana ia menyebabkan kerasnya hati."
Firman Allah, maksudnya: "Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh yang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah 2: 168)
Berhati-hatilah terhadap "hub al-ta'am" (cinta kepada makanan). Banyak makan akan menguatkan nafsu. Nafsu itu sahabat syaitan. Dengan itu mungkin timbul pelbagai sifat mazmumah dalam diri manusia.
Sekian, wassalam.
Semoga Allah merahmati kita semua.
"Nafsu hanya suka pada makanan yang lazat. Akal suka pada makanan yang berzat, tetapi hati suka pada makanan yang berkat. Yang mana penyubur iman?"

No comments:
Post a Comment