Saturday, 19 January 2013

UMUR

"Umur- umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu." (Riwayat Tirmizi)

• Umur = Modal
- Gunakan lah secara optimum.
- Kesempatan yang tidak boleh dipersiakan dalam apa jua keadaan.
- Bagi hamba Allah yang taat, peluang untuk terus menambah sebanyak-banyaknya kebaikan dan kebaktian.
- Bagi yang derhaka, kesempatan untuk bertaubat dan membetulkan diri.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian, jika dia orang yang berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika dia orang yang berbuat buruk, mungkin sahaja dia akan memohon keampunan." (Riwayat al-Bukhari)

• Hanya 1 1/2 Jam
- 1 hari di akhirat adalah sama dengan 1000 tahun di dunia. Bayangkan... Ini beerti jika kita berjaya hidup selama 63 tahun, maka itu sama dengan 1 1/2 jam sahaja di akhirat. Sangat singkat.

"Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak) dengan keadaan mereka merasai seolah- olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja daripada waktu siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang yang mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)."
(Surah Yunus 10: 45)

Akhir kata,
Orang yang bijak ialah orang yang mengingati mati akan terus membuat persiapan bukan sahaja untuk hidup sebelum mati, tetapi juga untuk terus hidup setelah mati. Mereka lah orang yang sangat prihatin dengan penggunaan masa dan sentiasa memanfaatkan ruang umtuk melaksanakan kebaikan sebanyak-banyaknya.

No comments:

Post a Comment